Pages

Thursday, August 12, 2010

“If I were in management, I’d never hire another software developer.”

“If I were in management, I’d never hire another software developer.” - Jika saya berada dalam pengurusan, saya tidak akan sekali-kali mengambil pembangun perisian baru untuk syarikat saya. Maknanya jika kita nak jimatkan peruntukan bajet untuk gaji pekerja, kita tak perlulah mengambil pekerja baru (developer / pembangun perisian). Tujuannya nak jimat. Saya kurang bersetuju dengan pendapat ini sebenarnya. Dari satu sudut memang ia akan menjimatkan. Tapi dari satu sudut lain pula syarikat terpaksa membuka tawaran kontrak kepada developer yang akan mengambil upah secara lump-sum. Jumlah bayaran keseluruhan sesuatu perisian yang baru nak dibangunkan biasanya menelan kos sekitar RM5000-RM50,000. Malah ada yang menelan beratus-ratus ribu dan berjuta-juta. Bergantung kepada skala perisian tersebut. Itu tidak termasuk dengan kos penyelenggaraan perisian tersebut yang mungkin menelan kos sekitar RM5000 - RM10,000 untuk sekali perkhidmatan.


Itu untuk satu perisian atau projek. Jika 2, 3, 4 atau lebih projek? Bukan ke mahal kosnya? :-) Memang mahal. Malah kita terikat dengan operasi penyelenggaraan perisian tersebut. Biasanya kontraktor tidak akan mendedahkan kod sumber perisian tersebut semuanya. Ada beberapa modul-modul dalam kod sumber perisian tersebut akan disembunyikan oleh kontraktor. Inilah strategi mereka untuk mengaut keuntungan lagi.

Pada hemah saya, adalah lebih baik jika syarikat/organisasi menggaji pembangun perisian (developer) yang tetap dan bergaji tetap. Biasanya gaji yang ditawarkan untuk developer tetap ini sekitar RM1,500 - RM4,000 bergantung kepada pengetahuan, kelulusan, pengalaman dan komitmen kerja. Developer ini biasanya tidak mampu menguasai kesemua kod-kod pengaturcaraan. Ada yang fokus pada kod C++. Ada yang fokus pada Java. Ada yang fokus pada php. Ada yang fokus pada .net. Macam-macam lagilah kod pengaturcaraan yang famous di dunia sekarang ini. Organisasi boleh arahkan developer ini untuk develop sistem mengikut kehendak kita. Jika developer ini kurang kemahiran, syarikat/organisasi bolehlah menghantar developer untuk mengikuti kursus di mana-mana pusat latihan yang ada. Syarikat yang menanggung semua kos latihan tersebut. Tapi syarikat tak kan rugi kerana segala knowledge dan information yang developer ini dapat akan memberi manfaat kepada syarikat pada masa akan datang.

Jika gaji yang diberi kepada developer ini sekitar RM1,500. Bayangkan kos gaji untuk setahun : RM18,000 sahaja! Kan jimat tu. :-) Berbanding kita upah kontraktor yang jauh beza tinggi upahnya. Sedangkan untuk proses penyelenggaraan sistem, developer yang kerja dengan kita nilah yang akan buat kerja-kerja penyelenggaraan. Syarikat boleh beri sedikit komisen kepada developer tersebut sebagai galakan di atas komitmen yang dia berikan pada syarikat. Kan lebih mudah macam tu? :-)

Jadi kalau terasa ada developer anda yang nak tambah ilmu atau anda sendiri nak tambah ilmu dan belajar cara-cara nak bangunkan aplikasi web yang ringan, sila emailkan kepada saya nama, alamat, no. kp, no. h/p : mohdamin.mohdnawi@gmail.com

No comments:

Post a Comment