Pages

Friday, November 12, 2010

Kenapa kamu menangis?

Jam di handphone menunjukkan digit pukul 5.05 p.m. Bermakna masa bekerja sudah tamat untuk hari ini. Hari ini sudah tamat untuk kerja tapi belum tamat untuk kehidupan. Kerana kehidupan akan berterusan sampai bila-bila. Infiniti. Jari kanan menekan tetikus lalu dihalakan ke butang 'windows' > 'shut down'. Menggunakan sistem pengoperasian (os) microsoft windows 7 memang mudah dan meyakinkan diri. Selepas 15 saat, skrin monitor terus gelap dan lampu biru di casing terus hilang menandakan PC telah berjaya dimatikan.

Diri dibangunkan lalu kaki melangkah menuju keluar dari bilik sambil membawa beg laptop yang disandangkan di belakang. Gaya beg laptop yang terbaru untuk kesenangan pengguna laptop. Rasanyalah. Setelah mem'punch'kan kad kehadiran, kaki melangkah dengan hati yang senang menuju ke parking kereta. Sukanya hati meninggalkan pejabat dengan kerja yang selesai dilaksanakan walaupun jauh di sudut hati merasakan senarai tugas belum diselesaikan sepenuhnya. Namun apa yang pasti, segala tugas yang diamanahkan pada hari itu telah berjaya dilaksanakan. Alhamdulillah, itulah ucapan yang paling mudah dan sesuai sekali untuk diucapkan sebagai tanda dan simbolik kesyukuran kita sebagai hamba yang serba lemah kepada sang pencipta yang Maha Agung.

Key Immobiliser ditekan pada butang hijau untuk membuka kunci pintu kereta dari jarak jauh. Tak jauh sangat pun, adalah dalam 50 meter. Setelah enjin dihidupkan, perjalanan pulang ke rumah bermula dengan penuh ketenangan. Ketika asyik memandu, termenung seketika memikirkan kehidupan yang penuh dengan cabaran dan ujian. Ahmad merupakan nama yang diberikan oleh kedua orang tua menjadi titik tolak kepada perangai dan sifat Ahmad yang suka memikirkan tentang kehidupan, bukan sahaja kehidupan diri sendiri malah kehidupan orang lain. Adakah kerana namanya diambil bersempena dengan Rasul dan Nabi terakhir? Sebagai seorang manusia yang penuh dengan rasa jujur, kasih sayang, amanah dan bermacam-macam lagi sifat kebaikan (mahmudah) ada pada baginda Rasul. Memang tidak dinafikan nama memang amat memainkan peranan yang penting dalam membentuk jiwa manusia dan rohnya. Kata bijak pandai ~ nama melambangkan jiwa dan roh kita. Jika baik panggilan nama kita, maka baiklah kita, alhamdulillah, Jika jahat panggilan nama kita, maka jahatlah kita, nauzubillah. Ia umpama doa dan permintaan kita pada seseorang atau pada diri sendiri.

Monday, November 8, 2010

Jangan direbut emas itu...

Dua orang sahabat namanya Salim dan Salam datang bertamu ke rumah Abu. Begitu mesra berbual dan bermacam-macam isu yang diutarakan. Dari bab beruk panjat kelapa hinggalah bab politik semasa. Abu hanya mendengar dan meneliti perbualan mereka berdua. Sesekali menyampuk sedap juga, kata Abu dalam hati kecilnya. Kata Salim, "Kan elok jika kita boleh joint venture untuk organize satu program bisnes tanam lada untuk budak-budak muda remaja?". Jawab Salam, "Molek jugak idea tu, tapi modalnya di mana mahu dicari?, bukannya sikit tu. Kurang-kurang RM10,000 ke atas."

Thursday, August 12, 2010

“If I were in management, I’d never hire another software developer.”

“If I were in management, I’d never hire another software developer.” - Jika saya berada dalam pengurusan, saya tidak akan sekali-kali mengambil pembangun perisian baru untuk syarikat saya. Maknanya jika kita nak jimatkan peruntukan bajet untuk gaji pekerja, kita tak perlulah mengambil pekerja baru (developer / pembangun perisian). Tujuannya nak jimat. Saya kurang bersetuju dengan pendapat ini sebenarnya. Dari satu sudut memang ia akan menjimatkan. Tapi dari satu sudut lain pula syarikat terpaksa membuka tawaran kontrak kepada developer yang akan mengambil upah secara lump-sum. Jumlah bayaran keseluruhan sesuatu perisian yang baru nak dibangunkan biasanya menelan kos sekitar RM5000-RM50,000. Malah ada yang menelan beratus-ratus ribu dan berjuta-juta. Bergantung kepada skala perisian tersebut. Itu tidak termasuk dengan kos penyelenggaraan perisian tersebut yang mungkin menelan kos sekitar RM5000 - RM10,000 untuk sekali perkhidmatan.