Pages

Monday, November 8, 2010

Jangan direbut emas itu...

Dua orang sahabat namanya Salim dan Salam datang bertamu ke rumah Abu. Begitu mesra berbual dan bermacam-macam isu yang diutarakan. Dari bab beruk panjat kelapa hinggalah bab politik semasa. Abu hanya mendengar dan meneliti perbualan mereka berdua. Sesekali menyampuk sedap juga, kata Abu dalam hati kecilnya. Kata Salim, "Kan elok jika kita boleh joint venture untuk organize satu program bisnes tanam lada untuk budak-budak muda remaja?". Jawab Salam, "Molek jugak idea tu, tapi modalnya di mana mahu dicari?, bukannya sikit tu. Kurang-kurang RM10,000 ke atas."


"Yang itu usah dirisaukan sebab emas datang bergolek," Sampuk Salim. Mereka ketawa terbahak-bahak sehinggakan berguling-guling di atas lantai. "Mana nak cari emas?" tanya Salam. "Jumpa Ahmad Albab! Hahaha..." sampuk Salim. Mereka ketawa terbahak-bahak sehingga berguling-guling lagi di atas lantai.

Rupa-rupanya Ahmad Albab memang ada kat kampung tu. Tapi Ahmad Albab yang ini papa kedana. "Ini tak boleh jadi ni, kot-kot manapun kita kena usaha untuk dapatkan sekurang-kurangnya RM50,000," Kata Salim. Cakap memang sedap. Ayam goreng pun tawar bila cakap bukan main sedap. Oleh kerana idea tersebut mungkin bagus dan perlu ditampilkan kepada YB untuk dilaksanakan. Maka mereka berdua pun terus menghadap YB yang haji bakhil itu. "Wah wah wah... kamu berdua ni memang kaki songlap, asal ada je duit ihsan, muka kamu berdua ada je kat sini ye?" YB menyergah. "Ampunkan kami penunggu rumah, ampunkan kami penunggu rumah, hahaha... kami ni memang kaki songlap, tapi yang penting dapat wang ihsan, tapi kali ni kami bukan nak makan sendiri tapi kami merancang nak buat projek tanam lada untuk anak-anak remaja kat kampung kita ni," Jawab Salim sambil ketawa terbahak-bahak.

"Oooooo... projek tanam lada, bagussss... bagusss... oklah, dengan syarat kamu kena habiskan duit ni, berapa kamu nak?" jawab YB. "Dalam RM50,000 pun dah cukup, hehehe...," Jawab Salim. "Ok ok.. Nah ambik cek ni, nanti kamu cash kan duit tu," jawab YB sambil menghulurkan cek yang bernilai RM50,000.

Setelah mendapat cek tersebut, Salam dan Salim berebut-rebut dan bertikam lidah untuk mengawal perbelanjaan duit tersebut. Salim kata itu hak dia kerana dia yang mencadangkan idea tersebut. Manakala Salam pula kata itu hak dia sebab dia yang bertungkus-lumus membuat kertas kerja untuk projek tersebut. Lalu berbalah dan bertengkarlah mereka selama 3 hari berturut-turut. Bila dah masuk hari ketiga mereka berlembut kerana TAKUT! Tanya Abu kepada mereka "Kenapa berbaik? Kan duit tu banyak? Kenapa tak berebut lagi? Kenapa tak bertengkar? Aik? Dua-dua dah mengalah?" Soal dan sindir Abu pada mereka berdua. "Kami TAKUT," Jawab Salam. "Takut apa? Kan kamu berdua ni berani dan samseng orangnya?" Sindir Abu lagi. "Kami TAKUT jika tak dapat apa-apa manfaat di sini, maka tak dapat apa-apa manfaat di sana," Jawab Salim.

Begitulah hidup kita. Jika kita melakukan sesuatu sehingga menindas orang lain, sedarlah bahawa jika manfaat kebaikan di sini tiada, kemungkinan manfaat kebaikan di sana tiada juga. Jangan direbut emas itu kerana emas itu adalah suatu batu loncatan untuk menjauhkan anda dari manfaat kebaikan di sini dan di sana.

No comments:

Post a Comment